Kerja dan tanggungjawab diraja Naruhito, Putera Mahkota dari Jepun

Putera Naruhito bertanggungjawab menjalankan tugas perwakili bagi pihak kerabat diraja Jepun di dalam dan luar negara tersebut. Beliau merupakan ahli kehormat Suruhanjaya Air untuk Abad ke-21 Dunia dan penaung Perkongsian Air Global, sebuah badan yang ditubuhkan bersama Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kementerian Pembangunan Sweden. Beliau juga merupakan naib president kehormat Persatuan Palang Merah Jepun sejak tahun 1994.[1]

Beliau menggangotai Majlis Negara Jepun iaitu majlis tertinggi kerajaan Jepun di bawah pimpinan ayahandanya, Maharaja Akihito. Beliau ditauliahkan dalam Pasukan-Pasukan Pertahanan Diri Darat, Laut dan Udara Jepun serta menaungi Jawatankuasa Olimpik Jepun sehingga tahun 1998, di mana beliau dijadikan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Pada 2012, Naruhito mengambil alih tugas ayahandanya buat sementara waktu ketika baginda menjalani pembedahan pintas jantungnya.[2]